Segamat, Johor - Penggabungan Kelab Fotokreatif UTM dengan kerjasama Kelab Kelestarian telah menjayakan khidmat latihan yang bertajuk "Projek Ecovillage Desa Komuniti DUN Kemelah." Dalam majlis perasmian ini, dimeriahkan oleh kedatangan ADUN Kemelah, iaitu YB Datuk Sulaiman, dengan ketua Kampung Melayu Raya. 

    Projek ini berlangsung pada 17hb November 2018, dari pukul 8pagi hingga 6 petang.


Dalam projek ini, gabungan Kelab Kelestarian 
berfungsi untuk memperkenalkan baja kompos, manakala Kelab Fotokreatif dengan kerjasama pihak Kelab Fotografi UiTM, Segamat menjadi tenaga pengajar untuk mengajar teknik fotografi kepada masyarakat di Kampung Melayu Raya, Segamar.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk, penggambaran di tempat penarikan pelancongan seperti Bandaraya Segamat, Jeti Kampung Tekam, dan juga Masjid Kampung Melayu Raya.

Gambar-gambar menarik telah dikumpulkan dan akan digunakan dalam pembuatan laman web yang akan menjadi media promosi pelancongan.

Akhirnya, dengan sukacitanya, tepat pada masa 4ptg, semua peserta dan ahli fasilitator balik ke Dewan Kampung Melayu Raya, untuk majlis penutupan dan semua orang bersurai dengan majlis dijalankan dalam keadaan lancar.